Thursday, August 21, 2008

Bagaimana Untuk Mendaftar AlertPay

Assalamualikum Semua,

Disini saya ingin tunjukan bagaimana untuk mendaftar dengan AlertPay. AlertPay adalah satu 'online banking' yang akan menguruskan pengurusan kewangan melalui internet. AlertPay adalah 'oline banking' yang berpusat di Canada.

Langkah 1. Pergi ke www.alertpay.com. Sebagai pendaftar baru sila Sign Up.



Langkah 2. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman untuk memilih samaada untuk membuka akaun individu atau bisnes. Saya cadangkan anda memilih untuk membuka akaun bisnes kerana akaun ini boleh membuat urusan perniagaan di dalam internet. Untuk itu sila klik di bahagian "Business" dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya di mana anda perlu mengisi semua detail yang diperlukan seperti berikut:


Langkah 3. Isikan semua tempat kosong yang dikehendaki dengan penyataan yang benar. Penyataan yang benar akan memudahkan pihak 'online banking' menguruskan kewangan anda. Semua ruangan yang bertanda '*' hendaklah diisi. Bagi ruangan 'Business Name' anda masukan saja nama anda. Bagi ruangan 'Type', 'Industry' dan 'Category' anda masukan saja ikut kesukaan anda. Masukan semua data yang dikehendaki kemudian klick 'next'.

Langkah 4. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman seterus. Halamam ini memerlukan anda untuk mengisi data email anda dan lain-lain. Sila isi semua ruangan yang dieprlukan.